Galeri Foto

Photo Gallery

KUNJUNGAN HORMAT MDI NEGERI SELANGOR KE AGENSI ANTIDADAH NEGERI SELANGOR (AADK NEGERI SELANGOR)

19 Januari 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Selangor telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Agensi Antidadah Negeri Selangor (AADK Negeri Selangor) pada 22 Januari 2026 sebagai langkah memperkukuh kerjasama antara agensi dalam aspek pencegahan dan kesejahteraan penjawat awam.
Kunjungan ini diketuai oleh Puan Tengku Intan Suraya binti Tengku Ismail, Pengarah Insolvensi Negeri Selangor, dan turut disertai pegawai-pegawai MdI Negeri Selangor.
Delegasi MdI telah disambut oleh wakil pengurusan AADK Negeri Selangor yang terdiri daripada pegawai kanan bahagian pencegahan serta penguatkuasaan.
Sesi pertemuan ini memberi tumpuan kepada perkongsian peranan dan fungsi organisasi, di samping membincangkan peluang kolaborasi strategik dalam pelaksanaan program pencegahan, rawatan dan pemulihan dadah khususnya dalam kalangan penjawat awam.
Kunjungan hormat ini diharap dapat membuka ruang kerjasama yang lebih berstruktur dan berkesan antara MdI dan AADK Negeri Selangor dalam menyokong agenda kesejahteraan organisasi serta pembangunan sumber manusia.
#jabataninsolvensimalaysia
#MdISelangor
#kunjunganhormat