Galeri Foto

Photo Gallery

PROGRAM LITERASI KEWANGAN PERINGKAT IPTA/IPTS ZON NEGERI SABAH ANJURAN JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MDI) NEGERI SABAH

22 November 2025

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Sabah dengan kerjasama Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan Program Literasi Kewangan Peringkat IPTA/IPTS Zon Negeri Sabah bertempat di Dewan FPL, UMS pada 22 November 2025.
Majlis dimulakan dengan Sesi Forum “Celik Kewangan: Literasi atau Fantasi?” yang menampilkan dua orang panel:
• Tuan Roslizi bin Sulaiman, Timbalan Pengarah, Bahagian Kebankrapan, Ibu Pejabat MdI Putrajaya
• Encik Mohammed Tonarusli bin Tonamli, Eksekutif Kanan, Pejabat Wilayah Bank Negara Malaysia (BNM) Kota Kinabalu
Forum tersebut dikendalikan oleh Tuan Mohamad Hafisol bin Yusoff, Pengarah Bahagian Dasar dan Perundangan MdI.
Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan oleh YBhg. Prof. Dr. Abd. Hamid bin Ahmad, Dekan FPL UMS, diikuti ucapan oleh YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia, sebelum beliau menyempurnakan perasmian program.
Pelbagai agensi seperti PTPTN, ASNB dan PERKESO turut menyertai program ini melalui reruai pameran serta sesi konsultasi kewangan kepada para pelajar.
Tahniah diucapkan kepada MdI Negeri Sabah dan UMS atas penganjuran program yang berimpak tinggi ini. MdI berharap inisiatif sebegini dapat diteruskan bagi melahirkan generasi muda yang celik kewangan serta berupaya mengurus risiko kewangan dengan lebih bijak.
#MdISabah
#jabataninsolvensimalaysia
#LiterasikewanganMdI
#uuri
#MalaysiaMADANI