Galeri Foto

Photo Gallery

CERAMAH BERTAJUK “KESEDARAN KEBANKRAPAN DALAM KALANGAN PENJAWAT AWAM” SEMPENA PROGRAM PERCAMBAHAN ILMU

22 November 2024

Jabatan Insolvensi Negeri Sarawak cawangan Kuching telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk “Kesedaran Kebankrapan dalam Kalangan Penjawat Awam” sempena Program Percambahan Ilmu pada 22 November 2024 yang lalu.

Ceramah ini diadakan bertempat di Dewan Akasia, Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kuching, Sarawak, dan dihadiri oleh pegawai serta kakitangan PUSPEN Kuching. 

Encik Timothy Jamit Anak Bilong, Pegawai Insolvensi Kanan II merangkap Ketua Unit Kebankrapan MdI Sarawak, telah menyampaikan ceramah tersebut.

Sesi Ceramah ini merupakan salah satu inisiatif Jabatan Insolvensi Malaysia dalam mendidik masyarakat tentang risiko kebankrapan serta menggalakkan amalan pengurusan kewangan yang berhemah dan bertanggungjawab khususnya dalam kalangan penjawat awam.