PENYERAHAN SIJIL PELEPASAN KETUA PENGARAH INSOLVENSI DI JABATAN INSOLVENSI MUAR
22 November 2024
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Muar telah mengambil inisiatif membuat serahanĀ Sijil Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi di bawah Seksyen 33A Akta Insolvensi 1967 (Akta 360) secara terus ke kediaman tiga individu yang telah mendapat pelepasan.
Melalui program MdI Prihatin, langkah ini diambil bagi membantu mereka yang menghadapi kekangan seperti masalah kesihatan dan lain-lain halangan untuk hadir ke pejabat MdI.
Ketua Cawangan MdI Muar, Pn. Intan Idzadja Hidayah bt Ab. Hafidz telah menyampaikan sijil tersebut.