Galeri Foto

Photo Gallery

PROGRAM 2 TAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI DAN KONVENSYEN NASIONAL REFORMASI PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2024

22 November 2024

KUALA LUMPUR l 22 November 2024- Reruai Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Reformasi dan Institusi) yang terdiri daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Bantuan Guaman dan Jabatan Insolvensi Malaysia telah dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti pengisian pada hari pertama kepada orang awam bertempat di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC).

Antara aktiviti yang diadakan termasuk permainan Wheel of Fortune, di mana orang awam menjawab soalan kuiz berkaitan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri. Selain itu, terdapat juga orang awam yang bertanyakan mengenai penubuhan yayasan dan perkhidmatan lain yang disediakan. Tarikan utama di booth BHEUU, JPM termasuklah ‘Tukul Hakim’ yang dibawa khas bagi orang ramai melihat dan merasai pengalaman menggunakan tukul ini.

Program yang berlangsung sehingga 24 November 2024 ini dijangka mampu menarik ribuan pengunjung sepanjang tempoh pelaksanaannya. Pelbagai pameran dan inisiatif menarik telah disediakan oleh kementerian, jabatan, dan agensi kerajaan.
Jumpa anda di sana!! Temui kami di reruai nombor K36.