Galeri Foto
Photo Gallery
BENGKEL PENYELARASAN DAN PEMATUHAN MANUAL PROSEDUR KERJA (MPK) UNIT MAHKAMAH
22 Ogos 2025
Bahagian Mahkamah, Jabatan Insolvensi Malaysia telah menganjurkan Bengkel Penyelarasan dan Pematuhan Manual Prosedur Kerja (MPK) Unit Mahkamah MdI Seluruh Malaysia yang menghimpunkan pegawai-pegawai daripada Ibu Pejabat serta semua cawangan MdI di seluruh negara.
Majlis perasmian bengkel telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Azwarnida binti Affandi, Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi, manakala majlis penutupan pula dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi.
Tujuan utama bengkel ini adalah untuk memperkemaskan Manual Prosedur Kerja (MPK) agar lebih tersusun, menyeluruh dan seragam digunakan oleh semua cawangan. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan menyeragamkan operasi mahkamah berkaitan pentadbiran kes kebankrapan agar selaras dengan MPK baharu yang dibangunkan. Hasil penyelarasan MPK ini akan turut disepadukan ke dalam sistem Enterprise Architecture (EA) yang sedang dibangunkan oleh Jabatan sejak tahun 2024.
Melalui sesi perbincangan, perkongsian pengalaman dan penyelarasan dokumen kerja, bengkel ini diharapkan dapat memperkukuh kecekapan serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaan MPK di seluruh cawangan.
Turut hadir, Encik Mohamad Hafisol bin Yusoff, Pengarah Insolvensi Bahagian Mahkamah selaku Penasihat program.