Galeri Foto
Photo Gallery
KUNJUNGAN HORMAT JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA (JKDM) BAHAGIAN PENGUATKUASAAN KE JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MDI) KUALA LUMPUR
22 September 2025
22 September 2025( Isnin)| Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Kuala Lumpur telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Bahagian Penguatkuasaan yang diketuai oleh Tuan Noor Azuwa bin Mohammad, Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan, bersama Tuan Mohd Zamri bin Mohd Abdah, Pengarah Kanan Kastam I Seksyen Penguatkuasaan ABT, serta tujuh pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (LTAKL).
Matlamat utama kunjungan ini adalah untuk menjalin kerjasama strategik, memperkukuh jaringan hubungan antara agensi serta bertukar pandangan mengenai isu-isu penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang yang melibatkan kedua-dua pihak.
MdI Kuala Lumpur dihadiri oleh Puan Rahni Kartini binti Abdul Rahim, Pengarah Insolvensi Negeri bersama pegawai-pegawai kanan jabatan.
Pertemuan ini diharap dapat membuka ruang kolaborasi yang lebih erat antara MdI dan JKDM dalam aspek penguatkuasaan undang-undang serta pentadbiran kes.