Jabatan Insolvensi Negeri Sabah Cawangan Kota Kinabalu telah turut serta sebagai pempamer dengan membuka reruai sempena program Mahkamah Bergerak (MCS) di Dewan Dato Angian Andulag, Kampung Apin-Apin Keningau bermula 23.8.2024 hingga 24.8.2024. Pegawai Insolvensi Kanan I, Encik Asri bin Nasif telah memberi taklimat ringkas kepada pengunjung yang hadir.