Galeri Foto

Photo Gallery

KUNJUNGAN HORMAT BAHAGIAN PENYIASATAN DAN PENGUATKUASAAN IBU PEJABAT, JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MDI) KE IBU PEJABAT KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)

23 Januari 2026

23 Januari 2026| Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan Ibu Pejabat, Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menjalin hubungan strategik serta kerjasama berterusan antara kedua-dua agensi.
Kunjungan tersebut diketuai oleh Puan Siti Noor Mazlifah binti Mokhtar, Pengarah Insolvensi, Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan, bersama pegawai MdI, dan disambut oleh Puan Salisa Wati binti Rabai, Manager Physical Channel, bersama pasukan beliau.
Pertemuan ini menjadi platform perbincangan dua hala berkaitan penyiasatan dan penguatkuasaan dalam pentadbiran kebankrapan, selaras dengan hala tuju dan keutamaan strategik MdI bagi tahun 2026, khususnya dalam meningkatkan keberkesanan tadbir urus serta kerjasama antara agensi.
#jabataninsolvensimalaysia
#BPP
#uuri
#kwsp