Galeri Foto

Photo Gallery

SESI LIBAT URUS ANTARA JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MDI) CAWANGAN IPOH, PERAK DAN LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (LHDNM) NEGERI PERAK

23 Julai 2025

🗓️Tarikh: 23 Julai 2025 (Rabu)
⏰ Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Tempat: Jabatan Insolvensi Cawangan Ipoh, Perak
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Ipoh, Perak telah menerima kunjungan rasmi daripada delegasi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Negeri Perak bagi sesi libat urus yang bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua agensi.
Perbincangan memberi tumpuan kepada isu-isu berkaitan pengurusan kes kebankrapan dan penggulungan syarikat, termasuk penyelarasan maklumat serta penambahbaikan tindakan bersama melibatkan peranan LHDNM sebagai pemiutang.
Delegasi LHDNM Negeri Perak diketuai oleh:
• Puan Umisalamah binti Abd Latif – Pengurus Operasi Negeri
• Puan Norhidayah binti Mohamad Anas – Peguam Hasil
• Puan Nurashikin binti Kasim Ragu – Peguam Hasil
• Encik Muhizam Ezuari bin Mohd Zam – Eksekutif Hasil
MdI pula diwakili oleh Cik Awfa binti Abdul Gafar – Penolong Pengarah Insolvensi Negeri bersama ketua-ketua unit / seksyen dan Pegawai Insolvensi dari Unit Mahkamah, Likuidasi, Penyiasatan dan Penguatkuasaan, Akaun, JKP dan Projek.
Sesi ini turut membuka ruang perkongsian berkenaan prosedur semasa dan cabaran operasi dalam usaha meningkatkan keberkesanan pentadbiran kes-kes insolvensi secara keseluruhan.