Galeri Foto
Photo Gallery
MAJLIS PELUNCURAN PROGRAM PERDANA LITERASI KEWANGAN PERINGKAT IPTA/IPTS
23 Jun 2025
SHAH ALAM, 23 Jun 2025 (Isnin) –
Majlis Peluncuran Program Perdana Literasi Kewangan Peringkat IPTA/IPTS telah berlangsung dengan jayanya hari ini di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam. Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).
Dalam ucapan perasmian, YB Dato’ Sri Azalina menekankan bahawa program ini adalah langkah proaktif kerajaan MADANI dalam meningkatkan tahap literasi kewangan dalam kalangan belia negara, khususnya pelajar institusi pengajian tinggi yang bakal melangkah ke alam pekerjaan. Literasi kewangan yang kukuh dilihat sebagai asas penting dalam mengelakkan generasi muda daripada terjerumus dalam masalah keterhutangan dan kebankrapan.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Insolvensi Malaysia selaku penganjur utama, serta rakan kerjasama strategik dari UKM, UPM dan pihak pengurusan UiTM Shah Alam atas sokongan padu dalam menjayakan program ini.
Program ini bukan sekadar memberi kesedaran, malah mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam melahirkan generasi celik kewangan.
YB Dato’ Sri Azalina turut menyatakan harapan agar para pelajar dan semua yang hadir dapat mengambil manfaat sepenuhnya daripada program ini, bagi mengelakkan diri daripada terperangkap dalam beban hutang, penipuan kewangan serta risiko kebankrapan yang boleh menjejaskan kualiti hidup.
Turut hadir dalam majlis ini:
YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin
Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM)
YBrs. Puan Azwarnida Affandi,
Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia
YBrs. Puan Noor Fazleen Zakaria
Pengurus Besar Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
YBhg. Datuk Zamri bin Haji Bakar
Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP)
YBrs. Tuan Rushan Lutfi bin Mohamed
Ketua Pengarah Akademi Perundangan Negara (APN)
Ketua-ketua Jabatan