Galeri Foto
Photo Gallery
PROGRAM 2 TAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI DAN KONVENSYEN NASIONAL REFORMASI PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2024 -HARI KEDUA
23 November 2024
KUALA LUMPUR l 23 November 2024 – Reruai Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Reformasi dan Institusi) yang terdiri daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Bantuan Guaman dan Jabatan Insolvensi Malaysia telah dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti pengisian pada hari kedua kepada orang awam bertempat di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC).
Pelbagai aktiviti dijalankan bagi memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan dan pelbagai maklumat daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatana Bantuan Guaman dan juga Jabatan Insolvensi Malaysia.
Reruai Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) ini turut dikunjungi oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Pengunjung yang hadir juga tidak putus-putus hadir memeriahkan reruai Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).