Jabatan Insolvensi Malaysia(MdI) Negeri Sabah Cawangan Tawau telah turut serta sebagai pempamer dengan membuka kaunter perkhidmatan / reruai sempena program Regatta Lepa 2024 di Semporna, Sabah. Pengunjung yang hadir berpeluang membuat semakan status kebankrapan dan mendapatkan khidmat nasihat secara langsung daripada pegawai MdI.