Galeri Foto

Photo Gallery

CERAMAH KEBANKRAPAN DAN PROGRAM DASAR PELUANG KEDUA - JELAJAH JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA TAHUN 2024

23 Oktober 2024

𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐫𝐚𝐡, 𝟐𝟑 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐑𝐚𝐛𝐮) – Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Kelantan dengan kerjasama Majlis Daerah Tanah Merah dan berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama Majlis Daerah Tanah Merah. Program ini dihadiri oleh YBhg. Datuk M. Bakri Abd Majid, Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) Jabatan Insolvensi Malaysia, YM Tengku Ahmad Zarir bin Tengku Abdul Rahim, Setiausaha Majlis Daerah Tanah Merah, Puan Nordalina binti Ali, Pengarah Insolvensi Negeri Kelantan, serta pegawai-pegawai Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Kelantan, kakitangan Majlis Daerah Tanah Merah, dan kakitangan Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah.
Program ini turut menampilkan ceramah dan perkongsian ilmu berkaitan kebankrapan dan Dasar Peluang Kedua yang disampaikan oleh Puan Nordalina binti Ali, Pengarah Insolvensi Negeri Kelantan.