Galeri Foto
Photo Gallery
AGIHAN BUBUR LAMBUK DI SARAWAK
24 Mac 2025
Sempena keberkatan bulan Ramadan, Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Kuching, Sarawak bersama Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Sarawak telah menganjurkan 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐊𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢 𝐑𝐞𝐳𝐞𝐤𝐢 – 𝐀𝐠𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐛𝐮𝐫 𝐋𝐚𝐦𝐛𝐮𝐤 bertempat di kawasan letak kereta Wisma Hong, Kuching pada 24 Mac 2025.
Program ini bukan sekadar agihan juadah berbuka puasa, malah menjadi wadah untuk memupuk keharmonian, mengeratkan silaturahim dan semangat kerjasama antara jabatan.
YBrs. Puan Azwarnida binti Affandi, Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi turut meluangkan masa hadir ke program ini sejurus selesai menghadiri sesi libat urus berkaitan penggubalan Rang Undang-Undang Insolvensi Rentas Sempadan (UNCITRAL Model Law on Cross-Border Insolvency) bersama Kerajaan Negeri Sarawak pada hari yang sama.