Galeri Foto
Photo Gallery
JEMPUTAN MENGADAKAN TAKLIMAT LITERASI KEWANGAN SEMPENA HARI INTEGRITI PENJAWAT AWAM (NEGERI) BAHAGIAN SERIAN 2025
24 Oktober 2025
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Kuching, Sarawak telah dijemput oleh Pejabat Residen Bahagian Serian untuk menyampaikan taklimat literasi kewangan sempena Hari Integriti Penjawat Awam (Negeri) Bahagian Serian 2025.
Program yang diadakan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak, Serian ini melibatkan 66 peserta daripada 15 jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Sarawak.
MdI Kuching diwakili oleh Encik Timothy Jamit anak Bilong (Ketua Unit Kebankrapan) sebagai penceramah.
Penganjuran ini selaras dengan Inisiatif Literasi Kewangan Jabatan Insolvensi Malaysia 2025 untuk meningkatkan kesedaran mengenai implikasi kebankrapan, kepentingan pengurusan kewangan berhemat, dan memupuk warga kerja berintegriti tinggi.
Program ini juga menjadi platform penting untuk memperkukuh budaya integriti, akauntabiliti dan celik kewangan dalam kalangan penjawat awam, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.

#MdIKuching
#jabataninsolvensimalaysia
#UURI