Galeri Foto

Photo Gallery

SOROTAN MALAYSIA CROSS-BORDER INSOLVENCY FORUM 2025

25 Februari 2025

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah menganjurkan Malaysia Cross-Border Insolvency Forum 2025, sebuah forum antarabangsa yang dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) pada 25 Februari 2025 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Forum ini bertujuan memperkasakan perundangan Insolvensi rentas sempadan, dengan menyaksikan perbincangan panel bersama pakar dari Singapura, Hong Kong, Korea & Indonesia.

Pelaksanaan forum ini adalah salah satu inisiatif Kerajaan MADANI dalam memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pusat ekonomi global melalui kejelasan dan ketelusan perundangan Insolvensi rentas sempadan di Malaysia.