Galeri Foto
Photo Gallery
MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN 100 TAHUN JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MdI)
25 Julai 2024
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah menyambut ulang tahun yang ke-100 yang telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 25 Julai 2024. Majlis turut dihadiri YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi).
Turut hadir bersama YB Tuan M. Kula Segaran, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), YBhg. Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), YBhg. Datuk Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh, Peguam Negara Malaysia, YBhg. Datuk Suzana binti Atan, Peguam Cara II, YBrs. Tuan M. Bakri bin Abd Majid, Ketua Pengarah Insolvensi, YBrs. Tuan Zamri bin Misman, Ketua Pengarah BHEUU dan YBhg. Dato’ Norazmi bin Mohd Narawi, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman.