Galeri Foto

Photo Gallery

KUNJUNGAN HORMAT JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA KE JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA (JKDM)

25 Julai 2025

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Ibu Pejabat telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBrs. Tuan Koh Joo Kai, Pengarah Kastam, Unit Frod dan Dokumentasi, Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bertempat di ibu pejabat JKDM pada 25 Julai 2025.
Delegasi MdI diwakili oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Kebankrapan dan Bahagian Penyiasatan & Penguatkuasaan, termasuk:
• Puan Siti Noor Mazlifah binti Mokhtar, Pengarah Insolvensi, Bahagian Kebankrapan
• Encik Roslizi bin Sulaiman, Timbalan Pengarah Insolvensi, Bahagian Kebankrapan
• Puan Nurdiyana binti Tarmizi, Penolong Pengarah, Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan
Kunjungan ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua agensi khususnya dalam bidang penyiasatan, penguatkuasaan, frod dokumentasi, forensik serta inisiatif latihan bersama melibatkan pegawai penyiasat.
Kerjasama ini diharapkan dapat mempertingkatkan penyelarasan antara agensi dalam mengurus kes-kes kebankrapan yang rumit serta memerlukan tindakan bersama.