Galeri Foto

Photo Gallery

LAWATAN TAPAK UNTUK PROGRAM PERDANA LITERASI KEWANGAN

25 Mac 2025

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah mengadakan satu sesi lawatan tapak bagi persiapan Program Perdana Literasi Kewangan IPTA/IPTS yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat.

Lawatan ini diketuai oleh YBhg. Datuk M. Bakri Abd Majid, Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia bersama Pn. Siti Salwana dari Jabatan Pentadbiran UiTM Tapah.

Turut hadir:
• YBhg. Dato’ Che Sukri bin Che Mat, Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi
• YBrs. Dr. Sallehuddin bin Mohd Noor, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan
• Puan Adibah binti Abd Kadir, Pengarah Insolvensi Negeri Perak
• Pegawai-pegawai kanan Jabatan Insolvensi dari Ibu Pejabat Putrajaya dan Cawangan Ipoh, Perak

Lawatan ini bertujuan memastikan segala aspek penganjuran program berjalan lancar dan berimpak tinggi, khususnya dalam memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang celik kewangan serta peranan MdI dalam mentadbir kes kebankrapan di Malaysia.