Galeri Foto
Photo Gallery
MdI KELANTAN SERTAI PROGRAM ‘JUSTICE ON WHEELS I LANGKAH MERCU’ ANJURAN JABATAN BANTUAN GUAMAN NEGERI KELANTAN
25 Oktober 2025
KOTA BHARU, 25 Oktober 2025 | Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Kelantan telah menyertai Program ‘Justice on Wheels I Langkah Mercu’ (Mendidik Rakyat Celik Undang-Undang) 2025 anjuran Jabatan Bantuan Guaman Negeri Kelantan. Program ini telah berlangsung di Perkarangan SK Paloh, Pintu Geng, Kota Bharu.
Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang ini bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai peranan dan fungsi agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), serta meningkatkan kefahaman awam terhadap sistem perundangan negara.
MdI Kelantan telah membuka reruai pameran yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pengunjung, antaranya:
• Khidmat Nasihat Kebankrapan
• Semakan Status Kebankrapan
• Pertanyaan Am Berkaitan Insolvensi
Seramai empat (4) orang pegawai MdI Kelantan telah terlibat menjayakan program ini. Kehadiran pengunjung dianggarkan seramai 200 orang. Sepanjang pameran, sebanyak 15 semakan status kebankrapan telah dibuat dan 70 sesi khidmat nasihat telah diberikan kepada pengunjung yang hadir ke reruai MdI.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen MdI dalam memperkasa literasi undang-undang masyarakat serta mendukung aspirasi Malaysia MADANI melalui penyampaian maklumat yang jelas, telus dan mesra rakyat.

#MdIKelantan
#jabataninsolvensimalaysia
#uuri