Galeri Foto

Photo Gallery

MDI JOHOR BAHRU SAMPAIKAN CERAMAH INTEGRITI KEWANGAN DI PROGRAM LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA

26 Januari 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Johor Bahru telah dijemput sebagai penceramah dalam Program Pengukuhan Integriti anjuran Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru pada 26 Januari 2026.
Ceramah bertajuk “Keterhutangan Serius: Dimanakah Integriti Anda” telah disampaikan oleh Encik Mohd Zulhilmi bin Nordin dengan penyertaan kira-kira 300 orang peserta.
Sesi ceramah ini memberi penekanan terhadap kepentingan integriti dalam pengurusan kewangan serta kesedaran mengenai implikasi keterhutangan serius, khususnya dalam kalangan penjawat awam dan warga kerja sektor berkaitan.
Program ini turut menjadi platform perkongsian ilmu dan peningkatan kesedaran berkaitan tadbir urus, etika serta tanggungjawab kewangan yang berhemah.