Galeri Foto

Photo Gallery

PEMBUKAAN RERUAI JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MDI) SEMPENA PROGRAM MAHKAMAH BERGERAK TELUPUD, SABAH

26 Julai 2025

📅 Tarikh: 26 Julai 2025
⏰ Masa: 8.00 pagi – 4.00 petang
📍 Lokasi: Dewan Majlis Daerah Telupid, Sabah


Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Sandakan, Sabah telah menyertai Program Mahkamah Bergerak Telupid anjuran Mahkamah Negeri Sabah dengan membuka reruai pameran bagi tujuan penyampaian maklumat berkaitan kebankrapan dan likuidasi kepada orang awam.
Reruai MdI telah menyediakan perkhidmatan seperti berikut:
1️⃣ Khidmat nasihat kebankrapan/likuidasi
2️⃣ Pertanyaan am berkaitan insolvensi
3️⃣ Semakan status kebankrapan
Program ini berjaya menarik kira-kira 100 pengunjung, terdiri daripada penduduk setempat yang hadir untuk mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat.
Reruai MdI turut menerima kunjungan daripada YB Datuk Dr. Jonnybone J. Kurum, Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri II Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.47 Telupid.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan petugas MdI yang telah menjayakan reruai ini, iaitu:
• Puan Lejbiana binti Kundi
• En. Mohd Feqree Fezwan bin Abdul Aziz
• En. Tonny bin Kaping
• Cik Siti Norayu binti Zakariah
• En. Mustapha bin Hasri
Komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh semua petugas amat dihargai dalam usaha menyampaikan maklumat serta memperluas capaian perkhidmatan MdI kepada masyarakat luar bandar.