Galeri Foto

Photo Gallery

KUNJUNGAN HORMAT SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA KE ATAS KETUA PENGARAH INSOLVENSI

26 Jun 2025

🗓️26 Jun 2025 (Khamis)
📍 Ibu Pejabat, Jabatan Insolvensi Malaysia.
 
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Tuan Mohamed Sufyan Mohd Mokhtar dan Puan Nor Syairah Sulaiman Bahagian Pendakwaan & Litigasi, Suruhanjaya Syarikat Malaysia ke atas Ketua Pengarah Insolvensi, YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri.
Dalam kunjungan tersebut, pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) turut merakamkan ucapan tahniah kepada YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia yang baharu.
Sesi ini turut membuka ruang kerjasama dua hala dalam aspek penyelesaian pentadbiran kes-kes penggulungan syarikat, di samping mempererat hubungan strategik antara Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) demi merealisasikan hasrat Kerajaan MADANI.
Turut hadir bersama :
• YBrs Puan Azwanida binti Affandi, Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi
• Encik Mohd Mukhzany Fariz bin Mohd Mokhtar, Pengarah Bahagian Likuidasi
• Encik Fazril Sani bin Mohamed Fadzil, Pengarah Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan
• Puan Nur Zatil Hidayah binti Ali, Penolong Pengarah Insolvensi, Bahagian Likuidasi
• Puan Yusnita binti Wagino, Pegawai Insovensi Utama, Bahagian Likuidasi