Galeri Foto
Photo Gallery
LAWATAN KERJA RASMI OLEH YBHG. DATO’ ISHAK BIN BAKRI, KETUA PENGARAH INSOLVENSI KE PEJABAT JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MDI) CAWANGAN KOTA KINABALU
26 November 2025
YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia, telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pejabat Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Kota Kinabalu pada 26 November 2025.
Ketibaan YBhg. Dato’ Ketua Pengarah telah disambut oleh Puan Stephanie Sherron Abbie, Pengarah Insolvensi Negeri Sabah, sebelum meneruskan agenda perbincangan dan sesi libat urus bersama pegawai cawangan.
Lawatan ini memberi tumpuan kepada perbincangan isu-isu Likuidasi bersama pegawai Unit Likuidasi Cawangan, khususnya berkaitan cabaran pentadbiran kes penggulungan syarikat, penyelarasan prosedur serta pelaksanaan tindakan susulan bagi memastikan keberkesanan penguatkuasaan di peringkat cawangan.
Dalam sesi bersama warga kerja MdI Kota Kinabalu, YBhg. Dato’ Ketua Pengarah menekankan keutamaan jabatan untuk meningkatkan produktiviti, memperkemas proses kerja dan memantapkan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Turut hadir dalam sesi lawatan tersebut ialah Tuan Mohamad Hafisol bin Yusoff, Pengarah Bahagian Dasar dan Perundangan, Ibu Pejabat.
#MdIKK
#jabataninsolvensimalaysia
#uuri
#MalaysiaMADANI