Galeri Foto
Photo Gallery
PROGRAM HARI INTEGRITI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA (JKDM) SARAWAK TAHUN 2024
26 November 2024
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Sarawak, cawangan Kuching, telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk “Gaji Tinggi Tapi Hutang Banyak? Dimana Silapnya?” sempena Program Hari Integriti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak Tahun 2024. Ceramah tersebut berlangsung pada 26 November 2024 (Selasa) bertempat di Dewan erkasa, Wisma Kastam Sarawak.
Program ini telah dihadiri seramai 130 peserta yang terdiri daripada kakitangan dan pegawai JKDM Sarawak dari seluruh negeri, melibatkan gred H11 hingga gred W52.
Ceramah disampaikan oleh Pegawai Insolvensi Kanan II, Puan Suriyati Binti Ismail, yang juga merupakan Ketua Unit Penyiasatan dan Penguatkuasaan MdI Sarawak.
Melalui sesi ceramah ini, MdI berhasrat memastikan penjawat awam lebih bersedia menghadapi cabaran kewangan dan bertanggungjawab dalam menguruskan kewangan peribadi serta bebas daripada beban kewangan yang melampau.