Galeri Foto

Photo Gallery

PROGRAM BICARA INTEGRITI ANJURAN JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MDI) CAWANGAN KUCHING

26 September 2025

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Kuching, Sarawak telah menganjurkan Program Bicara Integriti dengan menjemput Penceramah daripada CGSO Sarawak sebagai rakan kolaboratif pada 26 September 2025 dengan tema “Integriti Pemacu Malaysia MADANI”.
Sesi perkongsian ini telah disampaikan oleh Puan Ratna Binti Omar dari CGSO Sarawak.
Program ini bertujuan untuk:
✅ Meningkatkan kefahaman mengenai peranan dan tanggungjawab penjawat awam
✅ Menyemai nilai integriti dalam pelaksanaan tugas seharian
✅ Memupuk kesedaran terhadap kepentingan budaya kerja berintegriti dalam perkhidmatan awam
✅ Memberi penerangan mengenai peranan dan tanggungjawab sebagai penjawat awam dalam merahsiakan rahsia kerajaan selaras dengan Akta Rahsia Rasmi 1972
✅ Memberi pendedahan mengenai tatacara mengendalikan dokumen bertarat sulit, rahsia besar bagi memastikan dokumen di bawah tanggungjawab masing-masing diselia dengan betul dan selamat
Turut hadir, Puan Adibah Husna Binti Zainal Abidin, Pengarah Insolvensi Negeri Sarawak, yang memberikan sokongan penuh terhadap pelaksanaan program ini.
Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan positif daripada warga MdI Cawangan Kuching, Sarawak