Galeri Foto

Photo Gallery

PROGRAM SANJUNG BUDI, TAUTAN KASIH KETUA PENGARAH INSOLVENSI DI CAWANGAN TERENGGANU

27 Februari 2025

YBhg. Datuk M. Bakri Abd Majid, Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia, bersama YBrs. Dr. Sallehuddin bin Mohd Noor, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, serta wakil daripada Unit Komunikasi Korporat, MdI, telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Terengganu.
📍 Lawatan ini bertujuan memperkukuh pentadbiran operasi cawangan, tatakelola, tadbir urus, serta pengurusan kewangan, bagi memastikan keberkesanan dan kelancaran perkhidmatan kepada orang awam.
💬 Sepanjang lawatan ini:
• Warga MdI Terengganu berpeluang menerima amanat, teguran, nasihat, serta pandangan daripada Pengurusan Tertinggi.
• Perbincangan turut menyentuh inisiatif penambahbaikan pentadbiran serta komitmen berterusan dalam memperkasakan pengurusan insolvensi di peringkat negeri.
Lawatan ini turut disantuni oleh Encik Ahmad Salam bin Yusof, Pengarah Insolvensi Negeri Terengganu, serta seluruh warga kerja MdI Terengganu.