Galeri Foto
Photo Gallery
SESI LIBAT URUS MDI IPOH, PERAK BERSAMA IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN (IPK) PERAK
27 Januari 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Ipoh, Perak telah mengadakan Sesi Libat Urus bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak bertempat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak pada 27 Januari 2026.
Sesi ini bertujuan untuk membincangkan serta memperkukuhkan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi, khususnya dalam aspek pengurusan dan pentadbiran fail yang melibatkan elemen perundangan dan keselamatan. Selain itu, sesi ini turut menjadi platform perkongsian maklumat serta perbincangan ke arah mewujudkan pengurusan yang lebih cekap, teratur dan berintegriti.
Sesi libat urus ini telah diketuai oleh Puan Adibah binti Abdul Kadir, Pengarah Insolvensi Negeri Perak, dan turut disertai oleh Encik Mohamed Hamdan bin Yunus (Ketua Unit Mahkamah), Puan Ong Phaik Hoon (Ketua Unit Likuidasi) dan Puan Noor Atiqah binti Idris (Pegawai Insolvensi).
Manakala pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak telah diwakili oleh Timbalan Ketua Cawangan Khas, Assistant Commissioner of Police Mohd Faizul bin Mohd Majid, Superintendent Azmi bin Mat Isa, ASP Mohd Nazrul bin Zainal Abidin dan Inspektor Adib bin Azimat.

