Galeri Foto
Photo Gallery
KUNJUNGAN HORMAT JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA NEGERI TERENGGANU KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH DUNGUN
27 Julai 2025
📅 Tarikh: 27 Julai 2025 (Ahad)
⏰ Masa: 9.30 pagi
📍 Lokasi: Bilik Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Dungun, Terengganu
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Cawangan Terengganu telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Pejabat Daerah dan Tanah Dungun sebagai langkah memperkukuh hubungan strategik serta memperkemas pelaksanaan urusan berkaitan kes-kes kebankrapan dan likuidasi.
Kunjungan ini diketuai oleh Encik Ahmad Salam bin Yusof, Pengarah Insolvensi Negeri Terengganu, dan disertai oleh pegawai-pegawai Insolvensi iaitu Puan M. Maznah binti Che Ahmed, Puan Marhamah binti Usoh @ Yusoff, dan Cik Nur Aliaa Akmal binti Noor Musa.
Perbincangan tertumpu kepada penyelarasan urusan kebankrapan dan likuidasi yang melibatkan aset tanah serta prosedur pentadbiran berkaitan.
Pegawai yang turut serta dari Pejabat Daerah dan Tanah Dungun ialah:
• Tuan Haji Lizan bin Che Mat – Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah Dungun
• Encik Abdul Muiz bin Mazlan – Penolong Pentadbir Tanah (Unit Pendaftaran)
• Encik Muhammad Hazimin bin Mat Yassin – Penolong Pentadbir Tanah (Unit Hasil)
Jabatan Insolvensi Malaysia komited dalam memperkukuh jalinan kerjasama antara agensi demi memastikan urusan berkaitan pentadbiran harta bankrap dan penggulungan syarikat dapat dilaksanakan secara lebih teratur, cekap dan telus.