Galeri Foto

Photo Gallery

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH INSOLVENSI MALAYSIA (KPI) KE ATAS KETUA BAHAGIAN SYARIAH DAN PENGHARMONIAN UNDANG-UNDANG

28 Ogos 2024

Kunjungan Hormat YBhg. Datuk M.Bakri Abd Majid, Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia (KPI) ke atas YBhg. Dato’ Anas Bin Ahmad Zakie, Ketua Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang, di pejabat beliau di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya.

YBhg. Dato’ Anas Bin Ahmad Zakie merupakan mantan Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) dari tahun 2018 hingga 2020. Pada kesempatan ini juga, YBhg Dato’ Anas telah berpeluang untuk membincangkan isu undang-undang berhubung dengan Insolvensi dari sudut pandangan sivil dan syariah.
Selanjutnya YBhg. Datuk M. Bakri Abd Majid juga berkesempatan untuk membuat kunjungan hormat ke atas YBhg. Dato’ Umar Saifuddin Bin Jaafar, Peguam Cara Negara II, di pejabat beliau di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya. Beliau juga merupakan mantan Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) di Jabatan Insolvensi Malaysia pada tahun 2018.