Galeri Foto

Photo Gallery

PROGRAM BRISK WALK MDI TERENGGANU SEMARAKKAN GAYA HIDUP SIHAT

29 Januari 2026

Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Terengganu telah menganjurkan Program Brisk Walk ke Pasar Kedai Payang pada 29 Januari 2026 (Khamis) dengan penyertaan seramai 47 orang kakitangan.
Program ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja MdI di samping memupuk semangat kebersamaan dan kerjasama berpasukan.
Sepanjang program berlangsung, para peserta menunjukkan komitmen dan semangat yang baik. Selain meningkatkan tahap kecergasan fizikal, program ini turut memberi peluang kepada kakitangan untuk berinteraksi dalam suasana santai serta mengurangkan tekanan kerja.
Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Pihak penganjur berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu inisiatif kesejahteraan warga kerja MdI.