Galeri Foto
Photo Gallery
SESI TAKLIMAT KEPADA AHLI PARLIMEN MENGENAI RANG UNDANG-UNDANG INSOLVENSI RENTAS SEMPADAN (CBI) 2025
29 Julai 2025
📍 Parlimen Malaysia
🗓️ 28 Julai 2025
Sorotan sesi taklimat kepada Ahli Parlimen mengenai Rang Undang-Undang Insolvensi Rentas Sempadan (CBI) 2025 telah diadakan di Parlimen Malaysia susulan pembentangan bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.
Sesi ini telah dipengerusikan bersama oleh:
▪️ YB Dato’ Sri Azalina Othman Said
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi)
▪️ YB Senator Fuziah Salleh
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
▪️ YBhg. Datuk Ishak bin Bakri
Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia
Pembentangan teknikal disampaikan oleh:
Tuan Thiyagu Ganesan,
Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Reformasi Undang-Undang), BHEUU, JPM
RUU CBI ini merupakan antara inisiatif reformasi undang-undang komersial negara yang berasaskan UNCITRAL Model Law on Cross-Border Insolvency, dengan matlamat memperkukuh ekosistem penyelesaian insolvensi yang melibatkan elemen rentas sempadan serta menjadikan Malaysia lebih mesra perniagaan dan pelabur.