Galeri Foto

Photo Gallery

PEMBUKAAN RERUAI MDI PULAU PINANG SEMPENA HARI MESRA PELANGGAN 2025

29 November 2025

29 November 2025 – Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Pulau Pinang telah menyertai Hari Mesra Pelanggan 2025 yang dianjurkan di bawah inisiatif Kadun Jawi dengan kerjasama Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Pulau Pinang.
Program berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 3.00 petang dan telah dirasmikan oleh YB H’ng Mooi Lye, Exco Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa merangkap ADUN Jawi.
Penyertaan MdI melalui pembukaan reruai khidmat nasihat mendapat sambutan baik daripada pengunjung yang hadir untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan kes kebankrapan, pelepasan, serta khidmat rundingan awal.
Acara ini turut menghimpunkan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan bagi memudahkan orang awam mendapatkan pelbagai perkhidmatan dalam satu tempat.
MdI Pulau Pinang merakamkan penghargaan atas kerjasama semua pihak dan komitmen petugas yang menjayakan penyertaan kali ini. Program seumpama ini merupakan usaha berterusan MdI dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta meningkatkan kefahaman awam mengenai peranan jabatan.
#MdIPulauPinang
#jabataninsolvensimalaysia
#MalaysiaMADANI
#uuri