Galeri Foto
Photo Gallery
MESYUARAT TATACARA PENGHASILAN DAN PENOLAKAN ASET INSOLVENSI, JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA
3-6 Februari 2026
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah menganjurkan Mesyuarat Tatacara Penghasilan dan Penolakan Aset Insolvensi dari 3 hingga 6 Februari 2026 anjuran Unit Pengurusan Aset Insolvensi (UPAI).
Mesyuarat ini bertujuan memperkemas dan menyeragamkan pelaksanaan tatacara berkaitan pengurusan, penilaian serta penolakan aset insolvensi, termasuk perbincangan mengenai aset alih, aset tak alih dan harta intelek. Antara pengisian utama ialah sesi berkaitan penilaian aset, pengurusan dan penyimpanan aset, serta penolakan aset yang membebankan (onerous property), di samping perbincangan isu dan cabaran dalam pelaksanaan di peringkat cawangan.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Ketua Pengarah Insolvensi. Program ini turut dihadiri oleh Encik Roshdi bin Sabu, Pengarah Unit Pengurusan Aset Insolvensi, bersama pegawai-pegawai terlibat.
Diharapkan penganjuran mesyuarat ini dapat meningkatkan kefahaman serta kecekapan pegawai dalam melaksanakan pengurusan dan penolakan aset insolvensi secara lebih tersusun, selaras dengan peruntukan undang-undang dan keperluan operasi Jabatan Insolvensi Malaysia.

