Galeri Foto
Photo Gallery
TAKLIMAT ‘KEBANKRAPAN DAN JALAN PENYELESAIANNYA’
3 Disember 2024
Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Pahang telah bekerjasama dengan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Pahang dalam menjayakan taklimat bertajuk ‘Kebankrapan dan Jalan Penyelesaiannya’ pada 3 Disember 2024.
Taklimat ini melibatkan penyertaan pegawai-pegawai perpaduan dari seluruh daerah di negeri Pahang. Ketua Unit Kebankrapan, En. Loqman Bin Azmi, telah berkongsi pengetahuan dan panduan mengenai isu kebankrapan serta langkah penyelesaian bagi membantu individu yang terkesan.
Program ini diharapkan dapat membantu meningkatkan literasi berkenaan undang-undang kebankrapan selain mengurangkan stigma berkaitan kebankrapan khususnya dalam kalangan penjawat awam.