Galeri Foto
Photo Gallery
SOROTAN PERASMIAN PERSIDANGAN PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG SIRI 1/2024
30 April 2024
Sorotan Perasmian Persidangan Penolong Pegawai Undang-Undang Siri 1/2024, Jabatan Insolvensi Malaysia yang telah dirasmikan oleh YB Tuan M. Kula Segaran, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) pada 30 April 2024.
Persidangan ini telah diadakan selama 3 hari melibatkan seramai 219 Penolong Pegawai Undang-Undang Jabatan Insolvensi seluruh Malaysia.
Turut hadir ialah YBrs. Tuan M.Bakri bin Abd Majid, Ketua Pengarah Insolvensi, YBrs. Puan Azwarnida binti Affandi, Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi, YBhg. Dato’ Che Sukri bin Che Mat, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) dan Ketua-ketua Bahagian.