Galeri Foto
Photo Gallery
KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN PENGAMAL INSOLVENSI MALAYSIA (IPAM)
30 Mei 2024
Menerima kunjungan hormat Persatuan Pengamal Insolvensi Malaysia (iPAM) di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM tengah hari tadi. Pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk isu semasa yang berkaitan dengan skop insolvensi dan kebankrapan, serta hala tuju kerjasama di antara Kerajaan dan pihak swasta dalam usaha mereformasikan perundangan kebankrapan dan insolvensi di Malaysia. Ini adalah selari dengan Dasar Peluang Kedua yang sedang dilaksanakan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia berteraskan tonggak nilai “Ihsan” dalam konsep Malaysia MADANI.