Galeri Foto

Photo Gallery

SOROTAN MESYUARAT ANTARA JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA (MDI) BERSAMA INSOL INTERNATIONAL

30 September 2024

Sorotan Mesyuarat antara Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) bersama INSOL INTERNATIONAL bagi membincangkan berkaitan Model Law On Cross Border –
(a) Access to foreign countries:
(b) Recognition of Foreign Proceedings;
(c) Relief;
(d) Cooperation and Coordination.

Mesyuarat ini antara lainnya untuk mengeratkan hubungan negara-negara luar yang melibatkan isu berkaitan Cross Border Insolvency. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YB Tuan M. Kula Segaran, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) turut hadir YBhg Datuk M. Bakri Abd Majid, Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia, Mr. Neil Cooper, Past Presiden INSOL International UK, Ms. Clare Wee dan Ms. Jasbir Gill dari INSOL International Singapore, YBhg. Dato’ Raveendra Kumar Nathan, Presiden, Persatuan Pengamal Insolvensi Malaysia (iPAM) wakil daripada Jabatan Peguam Negara, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Tetuan Allen & Gledhill, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Bank Negara Malaysia dan Ketua-ketua Bahagian.