Galeri Foto

Photo Gallery

HEBAHAN PERKHIDMATAN : PEMBUKAAN RERUAI JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA SEMPENA PROGRAM JELAJAH KEHAKIMAN KEDAH DAN PERLIS TAHUN 2025

4-5 Julai 2025

🗓️ 4 & 5 Julai 2025 (Jumaat & Sabtu)
📍 Kompleks Star Parade, Alor Setar, Kedah
Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Kedah telah menyertai Program Jelajah Kehakiman Kedah dan Perlis Tahun 2025 melalui pembukaan reruai pameran selama dua hari bagi mendekati masyarakat serta meningkatkan kefahaman awam mengenai peranan MdI.
Reruai MdI turut menerima kunjungan daripada Timbalan Ketua Pendaftar, Tuan Azhaniz Teh bin Azman Teh, yang meluangkan masa meninjau pengisian dan aktiviti yang dijalankan di reruai jabatan.
Melalui pendekatan ini, MdI ingin menyeru orang awam agar tidak berasa takut atau segan untuk mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat daripada pegawai MdI dan memanfaatkan sepenuhnya platform reruai ini sebagai ruang interaksi untuk memperoleh informasi bermanfaat serta mengemukakan sebarang persoalan secara langsung.
Turut hadir, Pengarah Insolvensi Negeri Kedah, Puan Qatrin Nada binti Harun yang memberikan sokongan penuh kepada petugas reruai serta turut serta dalam pengisian reruai sepanjang program berlangsung.
Hadir sama, Encik Fazril Sani bin Mohamed Fadzil, Pengarah Insolvensi Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan, Ibu Pejabat, yang turut meninjau reruai MdI dan hadir bagi mewakili Jabatan Insolvensi Malaysia dalam Program Jelajah Kehakiman Kedah & Perlis 2025