Galeri Foto

Photo Gallery

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH INSOLVENSI NEGERI SELANGOR KE JABATAN IMIGRESEN NEGERI SELANGOR

4 Disember 2025

4 Disember 2025 | Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Negeri Selangor telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Imigresen Negeri Selangor bertempat di Tingkat 2, Kompleks PKNS Shah Alam.
Delegasi MdI diketuai oleh Puan Tengku Intan Suraya binti Tengku Ismail, Pengarah Insolvensi Negeri Selangor, bersama tiga orang pegawai MdI, iaitu:
• Puan Natrah binti Mazman, Penolong Pengarah Insolvensi Negeri Selangor
• Tuan Ahmad Khalil Kushairi bin Umar Saifuddin, Penolong Pengarah Insolvensi Negeri Selangor
• Puan Azlina binti Suparman, Pegawai Komunikasi Korporat MdI Selangor
Pihak Imigresen pula diketuai oleh PgK Khairrul Aminus bin Kamaruddin, Pengarah Imigresen Negeri Selangor.
Kunjungan ini bertujuan untuk:
• Mengukuhkan hubungan kerja dan jaringan strategik antara kedua-dua agensi;
• Meneroka peluang kerjasama serta pertukaran maklumat berkaitan pengurusan imigresen dan pematuhan perundangan;
• Mendapatkan penjelasan mengenai isu operasi, termasuk tatacara sekatan perjalanan serta proses berkaitan kebankrapan; dan
• Memberi gambaran ringkas mengenai perkembangan program MdI di peringkat cawangan, khususnya usaha meningkatkan kesedaran awam tentang pengurusan kewangan dan pencegahan risiko kebankrapan selaras dengan komitmen Kerajaan MADANI.
Perbincangan turut memberi tumpuan kepada isu operasi serta potensi penambahbaikan tatacara kerjasama bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.
#MdISelangor
#jabataninsolvensimalaysia
#MalaysiaMADANI
#uuri