Galeri Foto
Photo Gallery
MESYUARAT PEMBENTANGAN PERINCIAN MODEL KEWANGAN, UNJURAN DAN KEMAMPANAN BAGI KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN PEMERBADANAN JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA
4 Disember 2025
4 Disember 2025 | Satu mesyuarat telah diadakan bersama Pasukan Penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi membentangkan serta memberikan penerangan terperinci mengenai model kewangan, unjuran (projections) dan isu-isu kemampanan (sustainability) bagi opsyen pemerbadanan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI).
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Tuan Mohamad Hafisol bin Yusoff, Pengarah Bahagian Dasar dan Perundangan MdI.
Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Che Sukri bin Che Mat, Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi (Pengurusan).
Perbincangan ini merupakan platform penting dalam memastikan kajian kebolehlaksanaan dilaksanakan secara menyeluruh dan berasaskan analisis profesional, seterusnya menyokong hala tuju strategik jabatan dalam mempertimbangkan opsyen pemerbadanan yang sesuai.
#jabataninsolvensimalaysia
#uuri
#MalaysiaMADANI
#madanibekerja