Galeri Foto

Photo Gallery

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM DASAR PELUANG KEDUA – JELAJAH JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA 2024

4 Disember 2023

Majlis Perasmian “Program Dasar Peluang Kedua – Jelajah Jabatan Insolvensi Malaysia 2024” telah berlangsung di Pusat Timbang Tara Antarabangsa (AIAC) pada 4 Disember 2023 dan telah disempurnakan oleh  YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang & Reformasi Institusi).

 

Program ini merupakan salah satu agenda Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) sebagai komitmen Jabatan untuk turut bersama kerajaan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat melalui konsep Malaysia Madani berlandaskan rukun Ihsan bagi merealisasikan inisiatif Dasar peluang Kedua yang diilhamkan berdasarkan kesediaan menerima perubahan, ikhtiar serta hasrat pemulihan bersepadu.

Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang.