Galeri Foto

Photo Gallery

PROGRAM JELAJAH PENGERANG INSOLVENSI JOHOR BAHRU - BANTUAN KASIH INSOLVENSI KG. TG. SERINDIT KOTA TINGGI, JOHOR

4 Mac 2026

Bantuan Kasih Insolvensi merupakan salah satu pengisian dalam Program Jelajah Pengerang Insolvensi Johor Bahru.
Program ini dilaksanakan sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan yang kurang berkemampuan serta individu yang sedang berhadapan dengan kesempitan hidup, khususnya dalam kalangan warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU).
Sehubungan itu, MdI Johor Bahru telah mengambil inisiatif untuk menyumbangkan kotak makanan bagi membantu meringankan beban harian golongan yang memerlukan.
Turut hadir menyampaikan sumbangan tersebut ialah Ketua Pengarah Insolvensi, YBhg. Dato’ Ishak bin Bakri, Pengarah Insolvensi Negeri Johor, Puan Sharifah Maleeha binti Syed Hussin, Pengurus Pusat Khidmat Parlimen Pengerang, Tuan Haji Mohd Syahrin bin Haji Rosmin, serta Ketua Kampung Tanjung Serindit, Tuan Haji Kamsani bin Abdul Rahman.
Diharapkan sumbangan ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada para penerima serta membawa sinar harapan dalam menghadapi cabaran kehidupan seharian.
Â