Galeri Foto
Photo Gallery
JEMPUTAN CERAMAH SEMPENA KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN WARGA ISTANA NEGARA TAHUN 2025
4 November 2025
4 November 2025 | Seramai 50 warga kerja Istana Negara telah menyertai Kursus Pengurusan Kewangan yang diadakan khas semalam, bertujuan untuk memperkukuh kesedaran dan disiplin kewangan dalam kalangan kakitangan.
Ceramah telah disampaikan oleh Pengarah Insolvensi Kuala Lumpur, Puan Rahni Kartini binti Abdul Rahim.
Sepanjang sesi berlangsung, Puan Rahni Kartini telah berkongsi maklumat penting mengenai pengurusan kewangan yang bijak, langkah-langkah pencegahan muflis, serta peranan kritikal Jabatan Insolvensi Malaysia dalam memberikan bantuan kepada individu yang menghadapi isu kewangan.
Program yang merupakan sebahagian daripada inisiatif Istana Negara ini, diyakini dapat memberi manfaat besar kepada semua peserta. Ia diharapkan dapat membantu mereka membuat keputusan kewangan yang lebih berdisiplin dan terancang demi kestabilan masa depan.

#MdIWpkl
#jabataninsolvensimalaysia
#uuri