Galeri Foto

Photo Gallery

KUNJUNGAN HORMAT JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA (JPPM) NEGERI SARAWAK KE JABATAN INSOLVENSI CAWANGAN KUCHING, SARAWAK

4 September 2025

Jabatan Insolvensi Cawangan Kuching, Sarawak telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Sarawak dalam satu sesi yang berlangsung penuh mesra dan profesional.
Kunjungan ini menjadi platform perkongsian maklumat dan perbincangan strategik antara dua agensi, khususnya berkaitan pengurusan pentadbiran pertubuhan yang telah dibatalkan pendaftarannya serta pelaksanaan kes-kes penggulungan.
Delegasi JPPM diketuai oleh Puan Hajiawati binti Tambi, Pengarah JPPM Negeri Sarawak bersama beberapa pegawai kanan.
Kunjungan ini disambut mesra oleh Pengarah Insolvensi Negeri, Puan Adibah Husna binti Zainal Abidin, bersama barisan pegawai kanan MdI Kuching.
Pertemuan ini membuka ruang kolaborasi dan penyelarasan yang lebih efisien dalam menangani isu berkaitan pentadbiran pertubuhan yang terlibat dalam penggulungan, selaras dengan objektif meningkatkan keberkesanan tadbir urus institusi.
Semoga hubungan sinergi ini terus diperkukuh demi memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat secara holistik dan menyeluruh.