Galeri Foto

Photo Gallery

PROGRAM JELAJAH KEHAKIMAN PULAU PINANG

5-6 Oktober 2024

Jabatan Insolvensi Pulau Pinang telah dijemput untuk menghadiri Program Jelajah Kehakiman Pulau Pinang yang diadakan pada hari Sabtu dan Ahad, 5 hingga 6 Oktober 2024.

Pelbagai agensi yang terlibat antaranya Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kesihatan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Bantuan Guaman, Jabatan Pendaftaran Negara. MdI Pulau Pinang juga turut memeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti pembukaan reruai, pameran, cabutan hadiah serta kuiz kahoot.
Program jelajah kehakiman ini dirasmikan oleh YBhg. Datuk Zamri bin Haji Bakar, Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia.