Galeri Foto

Photo Gallery

PEMBUKAAN RERUAI SEMPENA PROGRAM YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA PENEROKA FELDA NEGERI JOHOR

5 APRIL 2026

Pada 5 April 2026, Jabatan Insolvensi Malaysia Negeri Johor telah menyertai Program YAB Perdana Menteri bersama warga peneroka FELDA Negeri Johor yang berlangsung di Felda Semenchu.
Program ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, yang turut meluangkan masa beramah mesra bersama warga peneroka serta agensi-agensi kerajaan yang terlibat.
Sempena program tersebut, Jabatan Insolvensi Malaysia Negeri Johor telah membuka reruai pameran dan perkhidmatan bagi memberikan penerangan kepada orang ramai berkaitan fungsi jabatan, proses kebankrapan, serta peluang pelepasan kebankrapan kepada individu yang layak. Reruai ini turut menerima sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung.
Melalui penyertaan ini, Jabatan Insolvensi Malaysia Negeri Johor berpeluang mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat di samping meningkatkan kesedaran awam mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan.
Secara keseluruhannya, program ini telah berlangsung dengan jayanya serta mencapai objektif dalam mendekatkan agensi kerajaan dengan rakyat.