Galeri Foto

Photo Gallery

PROGRAM SANJUNG BUDI, TAUTAN KASIH KPI, DI MDI IPOH

5 Februari 2025

YBhg. Datuk M. Bakri Abd Majid, Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia bersama YBrs. Dr. Sallehuddin bin Mohd Noor, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan wakil daripada Unit Komunikasi Korporat, MdI telah menghadiri lawatan kerja rasmi ke Jabatan Insolvensi cawangan Ipoh dan Taiping, Perak.
Lawatan kerja rasmi ini bertujuan untuk meningkatkan dan mengukuhkan pentadbiran operasi cawangan, tata kelola, tadbir urus dan pengurusan kewangan.
Lawatan kerja ini telah menerima sambutan yang baik oleh semua warga kerja MdI Ipoh dan Taiping, Perak atas keprihatinan, amanat, teguran membina oleh pihak Pengurusan Tertinggi demi kebaikan dan kesejahteraan Jabatan.
Lawatan ini turut dihadiri oleh Puan Adibah binti Abdul Kadir, Pengarah Insolvensi cawangan Ipoh, Perak dan Puan Nur Nabilah Hanim binti Mohd Noor Hakim Penolong Pengarah Insolvensi cawangan Taiping, Perak.