Galeri Foto
Photo Gallery
MESYUARAT KEDUA JAWATANKUASA UTAMA REFORMASI INSOLVENSI RENTAS SEMPADAN (CBI-REFORM-MC)
5 Mei 2025
Kuala Lumpur, 5 Mei 2025 | Jawatankuasa Utama Reformasi Insolvensi Rentas Sempadan (CBI-REFORM-MC) telah mengadakan Mesyuarat Kedua yang dipengerusikan secara bersama oleh YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), dan YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Turut hadir ialah ketua-ketua agensi utama seperti Jabatan Peguam Negara,Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, SSM, Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) serta wakil sektor swasta dan badan berkanun seperti Bank Negara dan iPAM.
Dalam mesyuarat ini, Encik Thiyagu Ganesan, Pengerusi Jawatankuasa Kerja CBI-REFORM telah membentangkan pertimbangan dasar dan hala tuju pembentukan rang undang-undang baharu CBI ini.
Rang undang-undang ini sedang digubal berasaskan UNCITRAL Model Law on Cross-Border Insolvency, dengan penyesuaian kepada konteks Malaysia.
Mesyuarat ini juga bersetuju agar cadangan dasar ini dibawa untuk pertimbangan Jemaah Menteri dalam masa terdekat.